Loading...
loading...

MASYALLAH SAYUNYA KISAH IBU KELULUSAN DIPLOMA PERNIAGAAN..TINGGAL DI SEBUAH TADIKA AKIBAT DI TIPU MAJIKAN

MASYALLAH SAYUNYA KISAH IBU KELULUSAN DIPLOMA PERNIAGAAN..TINGGAL DI SEBUAH TADIKA AKIBAT DI TIPU MAJIKAN


Roslina berharap kehidupannya menjadi lebih baik selepas ini.
SEREMBAN - Dia berhijrah ke negeri ini dengan harapan memulakan satu kehidupan baharu. Namun, dia tidak sangka keputusannya itu menyebabkan hidupnya semakin melarat.

Itu yang dihadapi seorang wanita, Roslina Saari, 37, bersama tiga anaknya.

Berhijrah dari Pahang ke daerah ini untuk memulakan penghidupan baharu, malangnya dia ditipu pula majikan yang hanya membayar separuh daripada gaji dijanjikan.

Roslina kemudian berhenti kerja dan menyewa di sebuah tadika di Seremban 2, di sini bersama tiga anaknya, Nor Alia Natasya Md Suhaidi, 10, Lokman Hakim, 9, dan Nor Zulaika, 6.

Menceritakan penghijrahannya ke sini, Roslina berkata, dia nekad datang ke Seremban walaupun ketika itu hanya mempunyai RM80 sahaja.

Menurutnya, keputusan itu dibuat demi memikirkan masa depan anak-anaknya yang ketika itu ditinggalkan dengan ibu angkatnya.

“September tahun lalu saya datang ke sini dan mula cari kerja sehinggalah saya ditawarkan jawatan kerani akaun oleh sebuah syarikat dengan gaji RM1,500 sebulan.

Saya rasa bersyukur sangat pada masa itu dan Disember lepas, saya bawa anak-anak pula datang ke sini.

“Tapi baru saja nak rasa gembira, majikan pula buat hal hanya bayar gaji RM800.

Macam manalah saya nak tanggung anak-anak dengan gaji sebanyak itu. Nak bayar sewa rumah lagi, sedangkan proses perpindahan sekolah mereka semuanya dah dibuat,” katanya.

Pada masa itu, katanya, dia terpaksa mencari lokasi tempat tinggal yang lebih sesuai demi keselamatan anakanaknya memandangkan ketika itu dia hanya menyewa bilik kecil di sebuah rumah kedai secara beramai-ramai.

Bagaimanapun, katanya, dia bernasib baik kerana pihak tadika bermurah hati membenarkan dia menyewa dengan bayaran RM200 sebulan.

“Kami disediakan satu ruang di sini (tadika) dan di situlah kami anak beranak akan tidur. Pihak tadika ini sangat baik hati, tapi saya faham saya tak boleh tinggal di sini buat selama-lamanya.

“Sekarang ini saya tengah cari kerja dan cari rumah yang sewanya murah. Saya ada dapat tawaran kerja di sebuah restoran makanan segera, tapi saya tak ada duit pula nak beli baju seragam mereka seperti diminta,” katanya yang berkelulusan Diploma Perniagaan dan Akauntan dari Institut Bina Usahawan di Kuantan.

Roslina yang kini dalam proses perceraian berkata, dia bukannya mahu simpati sesiapa, tetapi berharap ada yang sudi membantu menawarkan pekerjaan.

“Saya tak kenal sesiapa di sini, tiada pula kenderaan nak ke mana-mana. Sekarang ini pun saya tiada langsung duit simpanan dan hanya makan

apa yang ada saja hasil simpati orang,” katanya.

Sumber : gempakviral

'Dia putuskan rantai & buang untuk kurang gram supaya mangsa bayar lebih'

'Dia putuskan rantai & buang untuk kurang gram supaya mangsa bayar lebih'

Aduan Syira Shah

Assalamualaikum semua. Jangan mudah tertipu dengan peniaga biadab yang menjual emas ini. Ini cerita kawan di tempat kerja saya. Tolong viralkan, takut ramai lagi yang akan terkena. 

Kawan saya ini tiada akaun Facebook, jadi dia suruh saya ceritakan sebab dia memang geram dengan peniaga kedai emas ini. 

Sabtu 14 Januari jam 10 pagi di Kampung Jawa Melaka. Rasanya memang ramai orang Melaka yang selalu beli barang kemas di situ kan? Kononnya murahlah kan. 

Kawan saya ini nak betulkan rantai anak dia yang sudah putus. Dia pergilah dengan adik dia ke kedai ini sebab rantai itu dibeli di situ. 

Nak jadikan cerita, peniaga ini buat masalah. Kawan saya ini nak patrikan saja rantai itu tetapi peniaga itu kata kalau dipatri, rantai dah nampak tak cantik. Jadi dia suruh ambil rantai yang baru tetapi kena tambah duit sedikit. 

Sedang mereka memilih, adik kawan saya ini ternampak peniaga itu memutuskan rantai emas milik anaknya itu (rujuk gambar). Selepas itu dia nampak peniaga itu buang rantai yang diputuskan itu ke bawah. Motifnya nak kurangkan gram supaya kawan saya ini bayar lebih. 

Rantai emas yang telah diputus-putuskan | Foto - Syira Shah
Peniaga itu tidak tahu yang perbuatannya itu disedari oleh adik kawan saya ini. Lalu adiknya masuk dalam kaunter untuk mencari lebihan rantai itu. Tetapi dihalang oleh peniaga berkenaan dan tidak mengaku telah memutuskan rantai itu. 

Mungkin dengan kuasa Allah nak tunjukkan kebenaran, lebihan rantai itu betul-betul berada di bawah kaki kerusi peniaga itu duduk. Apa lagi, kawan saya pun mengamuk dan memaki hamun peniaga terbabit. Barulah dia mengaku. 


Kawan saya nak buat laporan polis tetapi peniaga itu tak bagi dan mahu selesaikan masalah itu di situ juga. Nak dipendekkan cerita, peniaga itu beri ganti rugi dengan rantai baru tanpa sebarang bayaran tambahan. 

Jadi berhati-hatilah bila nak membeli barang kemas.


Sumber : 1CiteMalaya

Berhati-hati dengan nombor 016-3011077, ramai mangsa rugi ratusan ringgit

Berhati-hati dengan nombor 016-3011077, ramai mangsa rugi ratusan ringgit
Ini bukan kes pertama, difahamkan sudah ramai yang menjadi mangsa individu berkenaan sejak September tahun lalu. Anda dinasihatkan untuk menetapkan akaun Facebook anda pada 'private/friends only' dan mengehadkan status-status Facebook terdahulu dari dibaca orang yang tidak dikenali.



Saya baru lepas kena tipu dengan scammer duit RM460. Dia sangat liciklah. Benda yang kita tak sangka sangat-sangat boleh terkena. Ramai yang dah kena dengan individu yang sama dalam bulan ini.

Dia boleh menjadi saudara, adik beradik, kawan baik atau orang yang korang langsung tak jangka. 

Cara dia adalah menyamar menjadi orang yang kita kenali. Kemudian suspek akan gunakan WhatsApp  menggunakan gambar kenalan kita dan beri alasan dah tukar nombor telefon.

Modus operandi dia:
  1. Dia WhatsApp saya nak order vitamin pakai nama kawan saya bernama Yana yang sudah tukar nombor telefon +60 16-301 1077 
  2. Dia siap letak gambar Yana dengan family di gambar profil WhatsApp. Apabila saya tanya, dia cakap dah tukar nombor telefon.
  3. Dia siap cakap lagi "Tak teringin ke makan sup Yana?" Perkara yang pernah saya bualkan dengan Yana di wall Facebook Yana. 
  4. Maknanya, sebelum dia menipu saya, dia telah memerhatikan perbualan saya dengan Yana di Facebook.
  5. Jadi saya pun percaya yang individu itu adalah Yana. Dia nak pesan vitamin dan menyatakan bahawa dia sudah membayar pembayaran menggunakan BSN ke akaun Maybank saya dan sebelum jam 8 malam, akan clear duit. Dia siap beri bukti SMS.
  6. Dia bank in lebih sebab nak minta tolong saya bank in ke seller lain yang jual tupperware RM460. Nak minta transfer segera sebab seller berkenaan akan pos pada hari itu juga. Nama akaun penipu itu iala THL Concept Design dan nombor akaun turut disertakan dalam gambar. 
  7. Oleh kerana saya mengenali Yana yang baik orangnya dan pernah menjadi rakan serumah sebelum berkahwin, jadi tak adalah beria nak bukti sangat. Memang bodohlah tetapi benda ini memang tidak dijangka. 
  8. Selepas saya dah bank in selesai semuanya, saya masih belum perasan diri ini telah menjadi mangsa penipuan. Tiba-tiba jam 5 petang, dia WhatsApp semula dan kata nak pesan lagi vitamin dan nak bank in ke seller tupperware itu sebab duit tak cukup lagi RM330. 
  9. Dia buat benda yang sama dan beri bukti guna SMS dah bank in ke Maybank saya lebih RM330. 
  10. Masa ini barulah saya rasa tak sedap hati dan terfikir apakah benar individu ini adalah Yana? Individu itu terus memaksa saya membuat pemindahan wang segera ke akaun seller tupperware berkenaan.
  11. Barulah saya buka group WhatsApp bekas rakan serumah dan tanya nombor Yana. Ahli group kata mana ada Yana tukar nombor telefon. Masa ini barulah saya tersedar yang saya memang kena tipu. 

Perbualan mangsa dengan rakannya Yana pada Mac 2015 yang digunakan individu berkenaan untuk memerangkap mangsa | Foto - Azera
Mesej dari individu yang menyamar menjadi Yana sehingga membuatkan mangsa percaya 100% | Foto - Azera
Celaka betullah penipu ini, memang nak cari duit dengan cara mudah. Tak selamatlah hidup. Tipulah kalau cakap tak sakit hati duit hilang RM460 begitu sahaja. Tapi tak apa, mungkin ada sebab saya menjadi mangsa. 

Tapi saya tak puas hati kalau orang lain pun turut menjadi mangsa. Jadi, tolong viralkan sebab ramai yang sudah kena pada bulan ini dengan nombor akaun yang sama cuma nombor telefon berbeza-beza. 

Mangsa dedahkan nombor akaun bank yang digunakan oleh individu berkenaan | Foto - Azera
Sekarang penipu ini tukar gambar profil WhatsApp dan guna gambar Vitamilk. Jadi berhati-hatilah anda semua. Dia akan menyamar menjadi orang yang kita kenali. Cara dia, memerhatikan perbualan kita di Facebook. 

Pendedahan dari dua mangsa yang pernah menjadi mangsa individu yang sama | Foto - Netizen

Tolong berwaspada semua. Hari ini saya kena, esok-esok takut orang lain pula menjadi mangsa. Tolong sebarkan sebanyak mungkin agar anda atau saudara mara, rakan-rakan tidak menjadi mangsa individu yang tidak bertanggungjawab ini. 

Kalau search nama akaun bank itu di Facebook, sudah 3-4 orang menjadi mangsa individu berkenaan. Tak selamatlah hidup kau syaiton! 


Sumber : 1CiteMalaya

'Atas bantuan peniaga Cina itu, kami masih berniaga di sini'

'Atas bantuan peniaga Cina itu, kami masih berniaga di sini'
Masyarakat kita seringkali dimomokkan dengan persepsi yang tidak baik di antara peniaga Melayu dan Cina yang dikatakan bersaing sengit sehingga ada yang cuba menyentuh isu perkauman. 

Namun, apakah benar dakwaaan itu dan adakah mereka semua bersikap sedemikian? 

Berbeza dengan pengalaman yang dilalui oleh lelaki ini yang berkongsi bersama-sama peniaga Cina berkenaan mencari rezeki di tapak yang sama. Malah apabila dia ditimpa masalah, peniaga berkenaan juga turut membantunya. 



Lumrah hidup menumpang. Kami berniaga betul-betul di hadapan kedai hardware. Jadi, waktu malam mereka tidak beroperasi, menjadi kelebihan untuk kami menggunakan sepenuhnya parking lot yang ada di hadapan kedai. 

Memikirkan sama-sama mencari rezeki, menjadi tanggungjawab kami juga memastikan kawasan hadapan kedai bersih dari segi kotoran. 

Memang tidak dapat dielakkan jika ada tompokan minyak di jalan terutama jika jalan jenis berbatu seperti ini. Sekurang-kurangnya seminggu sekali kawasan ini dicuci. 

Beza benar pandangan mereka dengan kita sewaktu kami pertama kali meminta izin untuk berniaga dahulu. Kata pemilik kedai hardware itu, bagus juga kami berada di situ pada waktu malam. Jadi kes pecah kedai mungkin tidak akan berlaku. 

Jujur saya juga pernah ditegur beliau tentang tompokan minyak dan beliau sendiri yang mengesyorkan jenis sabun yang boleh digunakan. Lumrah kita menumpang, kita turutkan sajalah, kan. 

Sudah dua bulan lebih saya berhentikan operasi buka meja untuk pelanggan makan di sini kerana ada insan yang mengadu kepada pihak berkuasa yang kami telah menganggu laluan kerana ada segelintir pelanggan yang parkir adakalanya tidak sempurna. 

Kami hampir tidak boleh berniaga di sini. Tetapi saya minta bantuan dari pemilik kedai hardware ini untuk tolong saya. Beliau sanggup tunggu pihak berkuasa datang untuk bercakap bagi pihak saya walaupun sepatutnya beliau sudah pulang untuk berehat. 

Akhirnya kami masih berada di sini. Boleh saja untuk peniaga jalanan seperti kami diuji berkali-kali. Mohon jangan terkejut jika lihat kami tak mampos-mampos. 

Malam ini abang yang pegang penyapu dan berus. Bukan apa, azam tahun baru ini nak kurus. Hehe! 

Oh lupa nak beritahu, minggu depan kami melangkah setapak lagi, kali ini dalam bidang katering. Untuk projek baru ini, kami menerima tempahan bawah 500 pax dulu. InshaAllah jika diberi kepercayaan, kami akan cuba masuk ke pasaran katering perkahwinan. Doakan kami berjaya ya. 


Sumber : 1CiteMalaya